Bekas ketua hakim negara Salleh Abas positif Covid-19

Bekas ketua hakim negara Salleh Abas positif Covid-19

Presiden dan CEO as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed berkata, hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Salleh.

Salleh kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu dan dalam keadaan stabil. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Bekas ketua hakim negara, Mohamed Salleh Abas disahkan positif Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed berkata, Salleh yang juga pengerusi syarikat amanah itu kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini dan dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat pengerusi kita yang disayangi.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan Salleh sedang dirawat di HSNZ.

Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenainya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.