
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin disahkan positif wabak itu.
Zahidi disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan hari ini.
Dalam kenyataan pejabat timbalan menteri itu berkata, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Jan.
“Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil. Beliau juga memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan itu.
Ahli Parlimen Padang Besar itu menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25 Dis lalu dan keputusannya negatif.
Pada 11 Jan, Rina disahkan positif wabak itu selepas Mustapa mendapat jangkitan Covid-19 empat hari lalu.
Hamzah juga disahkan positif semalam dan kini menjalani kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat pihak Kementerian Kesihatan (KKM).