
Katanya, perkara itu serta jaminan kerajaan awam akan terus berfungsi boleh menghasilkan kestabilan, yang akan membolehkan sektor perniagaan meneruskan urusan dan usaha menarik pelaburan dapat berjalan dengan baik.
“Semua perbezaan serta kepentingan politik atau peribadi harus diketepikan, dan keutamaan harus diberikan terhadap kesihatan serta kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas pengisytiharan darurat pagi tadi beri jaminan badan kehakiman akan terus berfungsi sepanjang tempoh kecemasan ini, yang akan berlarutan sehingga 1 Ogos.
“Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah,” katanya dalam ucapan.
Perdana menteri juga berkata kerajaan awam, Jemaah Menteri, dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan terus berfungsi, dan jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam tidak akan terganggu.