Tok Pa positif Covid-19

Tok Pa positif Covid-19

Mustapa Mohamed dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil.

Mustapa Mohamed
PETALING JAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 selepas tiba di Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur pagi semalam.

Perkara itu disahkan pejabatnya hari ini sambil memaklumkan keadaan Mustapa stabil.

“Beliau dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil,” menurut kenyataan itu.

Pejabat kementerian itu turut memaklumkan Mustapa pada 1 Jan sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif.

“Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.