Covid-19: Hanya 5 zon hijau di Semenanjung

Covid-19: Hanya 5 zon hijau di Semenanjung

Lima daerah kekal bawah kategori zon hijau termasuk Langkawi, Jeli, Hulu Terengganu, Jerantut dan Lipis.

Pengurangan zon hijau susulan berlaku pertambahan zon merah di beberapa daerah membabitkan Kedah dan Kelantan.
PETALING JAYA:
Daerah zon hijau dalam negara semakin berkurangan kepada hanya lima kawasan di Semenanjung mencatatkan sifar kes aktif Covid-19.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, lima daerah itu ialah Langkawi (Kedah), Jeli (Kelantan), Hulu Terengganu (Terengganu), dan Pahang iaitu di Jerantut serta Lipis.

Pengurangan itu susulan berlaku pertambahan zon merah di beberapa daerah membabitkan Kedah dan Kelantan.

Ia termasuk Kangar, Perlis, yang bertukar status zon kuning selepas mencatatkan lapan kes aktif.

Di Sarawak, daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 36 kes manakala tiada zon hijau dilaporkan di Sabah.

Dalam pada itu, menerusi maklumat jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah, lima daerah paling tinggi mencatatkan kes aktif ialah Klang (4,091), Hulu Langat (2,009), Johor Bahru (1,762), Muar (1,610) dan Petaling (1,533).

Semalam, KKM melaporkan 2,451 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dengan lima kematian.

Kes harian tertinggi melibatkan Selangor iaitu sebanyak 564 kes, diikuti Sabah (409 kes) dan Negeri Sembilan (351 kes).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.