
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,426 kes penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.
Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes.
“Bagi kes penularan dalam negara, 1,784 kes adalah warganegara dan 642 bukan warganegara.
“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 730 kes diikuti Sabah (403 kes) dan Johor (321 kes),” katanya dalam kenyataan.
Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 171 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, dalam pada itu, 1,277 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 551 kes.
“Lima kematian dilaporkan di Selangor manakala Kuala Lumpur (tiga ) sementara Sabah (satu) dengan mangsa berumur antara 37 hingga 94 tahun,” katanya.