Sambung PKPD 3 kawasan, 2 daripadanya di Johor

Sambung PKPD 3 kawasan, 2 daripadanya di Johor

Keputusan melanjutkan PKPD di kawasan terbabit susulan risiko jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan iaitu di Negeri Sembilan dan Johor dilanjutkan.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) membabitkan satu kawasan di Negeri Sembilan dua di Johor dilanjutkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan PKPD itu membabitkan Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan hingga 24 Jan.

“KKM turut mengesahkan masih terdapat 803 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan membabikan kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Ismail turut mengumumkan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru, turut dilanjutkan hingga 24 Jan.

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 1,376 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 516 kes positif Covid-19 direkodkan,” katanya.

Selain itu, PKPD di Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor, turut dilanjutkan 14 hari bermula 11 hingga 24 Jan.

Keputusan melanjutkan PKPD di kawasan terbabit susulan risiko jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Lebih 300 ditahan ingkar arahan PKP

Sementara itu, Ismail turut memaklumkan polis menahan 372 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam dan semuanya dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (105), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (95), tidak memakai pelitup muka (93), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (76) dan lain-lain (3),” katanya.

Katanya, menerusi Operasi Benteng pula pihak berkuasa berjaya menahan 26 pendatang asing tanpa izin serta merampas sembilan kenderaan darat semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.