DBKL tutup rumah urut tiada lesen

DBKL tutup rumah urut tiada lesen

DBKL turut menyita 75 barangan dari premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran itu seperti CCTV, pakaian dalam wanita dan peralatan seks.

DBKL mengeluarkan arahan tutup terhadap tiga rumah urut tanpa lesen di Jalan Kuchai Maju, Seputeh dan Jalan Langkawi, Setapak dalam operasi khas malam tadi.
KUALA LUMPUR:
Tiga rumah urut di dua lokasi berasingan ditutup selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati ketiga-tiga premis berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Menurut kenyataan DBKL, penutupan itu dilakukan dalam operasi tindakan khas terhadap premis rumah urut tanpa kebenaran di Jalan Kuchai Maju, Seputeh dan Jalan Langkawi, Setapak malam tadi.

“Tiga notis tindakan tutup premis dikeluarkan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976, selain tiga notis kompaun di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3(1), UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 ,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, DBKL turut menyita 75 barangan dari premis yang turut disyaki menjalankan kegiatan pelacuran itu seperti kamera litar tertutup (CCTV), pakaian dalam wanita dan peralatan seks.

Operasi melibatkan lapan pegawai dan 31 anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.