
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, 372 dikompaun dan 21 lagi direman.
Selain aktiviti pusat hiburan, kesalahan lain termasuk 89 orang tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (70), gagal mematuhi penjarakan fizikal (36) dan lain-lain (3).
Sementara itu, 49 pendatang asing tanpa izin dan dua tekong turut ditahan, dengan tujuh kenderaan dirampas dalam 111 sekatan jalan semalam.
Beliau berkata, sebanyak 99,573 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam menjalani kuarantin wajib di 76 hotel dan 17 institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.
“7,985 individu sedang menjalani kuarantin wajib, manakala 540 orang dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 91,048 individu telah dibenarkan pulang.”