
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha-usaha positif untuk memulihara khazanah hijau negeri.”
Tambah beliau, selaras dengan kempen tersebut, Sabah akan memastikan pembangunan ladang hutan dan getah, pemulihan hutan, penanaman pokok buah-buahan dan pengayaan tanaman dalam hutan.
“Pemeliharaan khazanah hutan kita bukan sahaja akan membawa manfaat kepada kesihatan tetapi juga membantu pembangunan ekonomi negeri.
“(Usaha) ini selaras dengan status Sabah sebagai negeri yang menawarkan flora dan fauna sebagai asas industri pelancongan,” kata Hajiji selepas melancarkan kempen peringkat negeri di pekarangan bangunan pentadbiran negeri.
Hajiji berkata kekayaan hasil hutan akan beransur-ansur membantu membangunkan industri berasaskan kayu di Sabah.
Ia juga akan membantu negeri menyediakan infrastruktur seperti jalan raya, perumahan, air dan elektrik, juga peluang pekerjaan, tambah Hajiji.
Inisiatif menanam pokok di Sabah sebenarnya bermula pada tahun 2010, melibatkan kawasan yang telah mengalami pembalakan, menurut Hajiji, yang juga ADUN Sulaman.
“Sebagai ketua menteri, saya berharap kempen ini akan menghidupkan semangat rakyat untuk turut menanam pokok, terutamanya di tanah persendirian,” katanya.
Muhyiddin hari ini menanam pokok Merbau di taman kediaman rasminya Seri Perdana sebagai permulaan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2020-2025.
Beliau menggesa rakyat mengambil bahagian dalam kempen tersebut dan memastikan kejayaan agenda untuk menghijaukan Malaysia.
“Marilah sama-sama memastikan kejayaan agenda Penghijauan Malaysia dengan menanam 100 juta pokok di seluruh negara sebelum tahun 2025,” kata Muhyiddin ketika pelancaran kempen tersebut.