1,741 kes baru COVID-19, 7 kematian

1,741 kes baru COVID-19, 7 kematian

Jumlah jangkitan COVID-19 yang direkodkan di negara ini kini sebanyak 120,818 kes.

PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,741 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,733 kes adalah penularan tempatan, manakala baki adalah jangkitan dari luar negara.

Dengan itu, jumlah jangkitan COVID-19 yang direkodkan di negara ini kini sebanyak 120,818 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 687 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 541 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Sabah sebanyak 303 kes dan Johor sebanyak 295 kes,” katanya pada sidang media.

Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 122 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 1,010 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.

KKM juga melaporkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 501 kes.

“Kes kematian dilaporkan dari Sabah (3 kes), Johor (2 kes), Selangor (1 kes), dan Pahang (1 kes) dengan kes berumur antara 45 tahun hingga 83 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.