Hiasan pemimpin agung komunis China, kafe di P Pinang disiasat

Hiasan pemimpin agung komunis China, kafe di P Pinang disiasat

Dua kafe di Pulau Pinang didapati menggunakan hiasan latar memaparkan wajah Mao Zedong.

(Gambar Bernama Ihsan Netizan)
GEORGE TOWN:
Polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat dua kafe di Pulau Pinang yang didapati menggunakan kertas dinding memaparkan wajah pemimpin komunis China, Mao Zedong bagi menghiasi dinding dalamannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Rahimi Ra’ais, berkata siasatan awal mendapati premis kafe di Juru, Bukit Mertajam dan di Pulau Tikus milik seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

“Setakat ini polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk pekerja di kafe berkenaan bagi membantu siasatan, pemiliknya kami belum mengambil (keterangan) kerana lelaki itu sedang menjalani kuarantin COVID-19 selama 14 hari,” katanya.

Kertas dinding di dua buah kafe berkenaan diturunkan malam tadi, dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan berkaitan penerbitan propaganda pertubuhan haram.

Semalam, maklumat mengenai kafe yang menghiasi dindingnya menggunakan gambar wajah pemimpin komunis itu menjadi tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.