Polis belum ambil keterangan individu berpengaruh didakwa cuba jatuhkan kerajaan

Polis belum ambil keterangan individu berpengaruh didakwa cuba jatuhkan kerajaan

Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata setakat ini tiga individu sudah dirakam keterangan.

Khalid Ismail
Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata beberapa individu lain juga dikenal pasti untuk dirakam keterangan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis belum memanggil individu berpengaruh yang didakwa terbabit cubaan menjatuhkan kerajaan untuk dirakam keterangan.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata setakat ini pihaknya mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan itu.

“Sehingga hari ini kita telah mengambil tiga kenyataan daripada individu-individu yang berkaitan dan kita akan meneruskan lagi tindakan mengambil kenyataan ini berdasarkan maklumat yang diperoleh,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Beliau berkata, beberapa individu lain turut dikenal pasti untuk dipanggil bagi dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya individu berpengaruh yang dikaitkan dengan dakwaan itu masih belum dipanggil setakat ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan mendedahkan wujud cubaan untuk menggugat serta menjatuhkan kerajaan yang didakwa didalangi warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa.

Polis berkata siasatan masih di peringkat awal dan akan diteruskan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.