Fokus agihan kerusi di Selangor, Noh beritahu pimpinan UMNO

Fokus agihan kerusi di Selangor, Noh beritahu pimpinan UMNO

Pengerusi UMNO Selangor itu berkata, situasi politik di Selangor amat berbeza kerana terdapat banyak kerusi campuran di negeri itu.

Noh Omar berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Tanjong Karang hari ini.
TANJONG KARANG:
UMNO Selangor mahu perhatian lebih diberikan pimpinan pusat kepada negeri itu dalam soal pembahagian kerusi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 nanti.

Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar berkata, ia berikutan situasi politik di negeri itu amat berbeza jika dibandingkan negeri lain dan ia memerlukan perhatian lebih.

“Pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS telah ada jalan penyelesaian, bagaimanapun ia terpulang kepada pemimpin di peringkat pusat parti masing-masing untuk memuktamadkannya. Politik di Selangor ini berbeza, di sini ada banyak kerusi campuran,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Tanjong Karang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.