275 mangsa banjir dipindah ke 2 PPS di Johor Bahru

275 mangsa banjir dipindah ke 2 PPS di Johor Bahru

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata, hujan lebat serta pertembungan air laut pasang menyebabkan berlakunya banjir.

Antara kawasan terjejas banjir susulan hujan lebat di Johor Bahru sejak semalam ialah Kampung Laut Batu 10, Skudai, Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
275 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak semalam selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata, hujan lebat serta pertembungan air laut pasang menyebabkan berlakunya banjir.

“Daripada jumlah itu, 90 mangsa banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai, manakala 185 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai.

“Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Laut Batu 10, Skudai, Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Kampung Cahaya Baru dipindahkan ke PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai akibat peningkatan bilangan mangsa malam tadi.

Hujan lebat yang turun sejak 8 malam tadi berterusan hingga pagi ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.