Penerjun gagal kawal payung terjun maut ketika latihan

Penerjun gagal kawal payung terjun maut ketika latihan

Mangsa parah selepas jatuh di sisi bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Mangsa bersama tujuh penerjun dari pasukan Perbadanan Putrajaya sedang menjalani latihan terjunan tapak dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sempena Hari Wilayah 2021. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Seorang peserta terjun tapak maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Dalam kejadian 5.35 petang itu, Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh penerjun dari pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang menjalani latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata, ketika melakukan terjunan, mangsa gagal mengawal payung terjunnya dan jatuh di sisi bangunan itu.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan kemudian disahkan meninggal dunia 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, latihan Terjun Tapak 2021 itu dikelolakan pegawai PPj dan melibatkan penerjun pelbagai agensi, termasuk agensi berkenaan.

“Bagaimanapun, penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa, termasuk polis ketika latihan diadakan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.