PH bincang idea ‘gabungan besar’ bulan depan, kata Guan Eng

PH bincang idea ‘gabungan besar’ bulan depan, kata Guan Eng

Ia susulan cadangan penubuhan 'grand coalition' oleh Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya dan Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk menghadapi PRU15.

Lim Guan Eng berkata, parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi PRU15. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembentukan “gabungan besar” yang merupakan kerjasama baru antara parti pembangkang bulan depan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan berjumpa tahun depan…antara yang akan dibincangkan adalah pembentukan gabungan besar. Ini saja yang saya boleh cakap…selain itu kita tunggu lepas perbincangan,” katanya selepas melawat feri Pulau Pinang.

Idea penubuhan “grand coalition” dicadangkan Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya dan Presiden Warisan, Shafie Apdal yang menyarankan pembangkang membentuk kerjasama menerusi gabungan besar untuk menghadapi PRU15 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.