
Sukirman Rappe, 43, maut dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, apabila runtuhan tanah tiba-tiba berlaku berhampiran kawasan beliau menjalankan kerja pengambilan tanah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.09 petang.
Katanya, sepasukan lapan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rozam Shah Rahmat bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati tersepit dalam runtuhan tanah dan operasi menyelamatkan mangsa segera dijalankan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 5.12 petang, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian,”
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.