Ku Li ‘malu’, ‘aneh’ Zahid sertai Majlis Presiden PN

Ku Li ‘malu’, ‘aneh’ Zahid sertai Majlis Presiden PN

Veteran politik itu berkata UMNO bukan komponen Perikatan Nasional.

Tengku Razaleigh Hamzah.
KAJANG:
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ‘malu’ dan ‘aneh’ Presiden Zahid Hamidi yang bersetuju menyertai Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN), kerana UMNO bukan parti komponen gabungan itu.

“Di dalam anggota parti yang menyertai PN hanyalah PPBM dan PAS. Kenapa Umno sertainya?” katanya pada sidang media selepas forum anjuran Majlis Profesor Negara.

“Kita hanya membenarkan beberapa ahli Parlimen terpilih menjadi menteri untuk menstabilkan situasi krisis politik yang sedang kita hadapi masa ini. Bukan selama-lamanya.”

Majlis Presiden PN dianggotai semua ketua parti dalam kerajaan sebagai wadah memperkukuh kerjasama antara parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.