990 pekerja kilang Kossan Rubber di Klang dijangkiti COVID-19

990 pekerja kilang Kossan Rubber di Klang dijangkiti COVID-19

Kossan kini aktif menjalankan saringan kesihatan untuk 8,000 pekerjanya bagi membendung penularan jangkitan virus itu.

Syarikat itu menegaskan semua 8,000 pekerjanya di sembilan kilang akan menjalani saringan.
PETALING JAYA:
Seramai 990 pekerja Kossan Rubber Industries di Klang disahkan positif COVID-19, kata syarikat itu.

Mereka dikesan dijangkiti virus itu semasa saringan besar-besaran dilakukan ke atas pekerja mulai 4 Dis lalu, menurut Kossan dalam kenyataan.

Syarikat itu menegaskan semua 8,000 pekerjanya di sembilan kilang akan menjalani saringan berkenaan.

Kossan berkata, pekerja yang disahkan positif COVID-19 diwajibkan menjalani kuarantin manakala kilang di Klang akan ditutup hingga 30 Dis.

Kossan adalah syarikat pembuat sarung tangan getah terbaharu yang dibelenggu ratusan pekerja dijangkiti COVID-19.

Awal bulan ini, Hartalega mengumumkan 35 pekerjanya dijangkiti virus pembunuh itu.

Ratusan pekerja kilang milik Top Glove di Meru turut menjadi mangsa COVID-19. Mereka adalah antara 5,540 kes positif COVID-19 dari kluster Teratai.

Minggu lalu, Top Glove mengesahkan seorang daripada pekerjanya meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.