Saya tidak takut Mahathir berhubung hak minyak Sabah, kata Shafie

Saya tidak takut Mahathir berhubung hak minyak Sabah, kata Shafie

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing sebelum ini mendakwa kerajaan Sabah pimpinan Warisan tidak menuntut hak minyak daripada Putrajaya kerana takut kepada Mahathir.

Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata, sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2018, Warisan Plus menyusun langkah bagi memperjuangkan hak minyak Sabah.
KOTA KINABALU:
Presiden Warisan, Shafie Apdal hari ini sekali lagi menafikan kerajaan pimpinannya takut dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung tuntutan hak minyak dan gas.

Katanya, sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2018, Warisan Plus telah merangka dan menyusun langkah bagi memperjuangkan isu berkenaan yang didakwa tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum itu..

”Hari ini seperti dibentangkan menteri kewangan, hasil Sabah dianggarkan meningkat daripada cukai petroleum yang ada, iaitu RM1.2 bilion dan ini adalah kerangka yang kita susun atur sewaktu pemerintahan Warisan dulu.

”Usaha ini belum pernah berlaku sebelum atau selepas Merdeka, iaitu mengenakan cukai jualan kepada syarikat petroleum sebanyak 5%.

“(Langkah menetapkan cukai jualan) itu bukan bererti saya takut dengan bekas perdana menteri Tun Mahathir, tidak,” katanya dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2021 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN, hari ini.

Terdahulu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing mendakwa kerajaan Sabah pimpinan Warisan sebelum ini tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana mereka takut kepada Mahathir.

Kenyataannya menyusul kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan yang berkata, Sabah akan memeterai perjanjian komersial dengan Petronas, seperti yang dilakukan Sarawak.

Masing berkata, Sarawak sebenarnya sudah mendekati kerajaan Sabah di bawah pimpinan Warisan untuk bersama-sama menyaman Petronas berhubung cukai jualan 5% ke atas produk petroleum, tetapi ditolak oleh “seorang menterinya”, yang dilihat merujuk kepada Shafie.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.