
Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menghantar memo bantahan secara rasmi kepada penganjur dan pihak berkuasa tempatan berhubung perkara itu Isnin ini.
“Program itu bersifat eksploitasi terhadap wanita dan bersifat penyuburan kepada budaya hedonistik oleh tamadun yang telah pupus.
“Tambahan pula dalam keadaan pandemik COVID-19, sebarang bentuk perhimpunan tidak mendesak harus dielakkan kerana berisiko menularkan jangkitan virus itu walaupun jaminan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nasrudin berkata, pihaknya menyeru kerajaan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan program itu tidak dilaksanakan.