
Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mereka didapati tidak mematuhi peraturan seperti ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
Katanya, Akta 446 bertujuan menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing.
“Akta itu meliputi standard ruang minimum kediaman, kemudahan asas bagi rumah dan pekerja selain elemen keselamatan serta kebersihan yang perlu majikan beri perhatian,” katanya dalam kenyataan.
Khairuddin berkata, pematuhan terhadap akta itu juga amat kritikal bagi sektor perladangan dan industri komoditi.
Ia bertujuan memberi keyakinan kepada pihak antarabangsa bahawa kerajaan serius menangani isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak yang didakwa berlaku.
“Dalam hal ini, KPPK ingin memberi peringatan kepada semua pihak yang terlibat dalam sektor perladangan dan industri komoditi agar sentiasa patuh kepada undang-undang termasuk berkaitan Akta 446 bagi memastikan kebajikan pekerja sentiasa dititikberatkan,” katanya.