
Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Danish Abdul Rahim, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Tertuduh didakwa memiliki satu video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di sebuah kondominium di Taman Sri Endah, Cheras pada 2 pagi 2 Okt 2019 mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi memohon hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh mengaibkan mangsa.
“Mahkamah perlu mengambil kira video itu telah tersebar di dalam laman sesawang lucah,” katanya.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu bapanya dan memohon maaf serta menyesal dengan kesalahan dilakukan.