Hadi selesai menghadap Sultan Perak, tiada kenyataan kepada media

Hadi selesai menghadap Sultan Perak, tiada kenyataan kepada media

Presiden PAS sekadar melambai kepada pemberita yang menunggu di Istana Kinta.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang melambai kepada pemberita selepas selesai menghadap Sultan Perak.
IPOH:
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, melangkah keluar dari Istana Kinta tanpa sebarang komen kepada pemberita yang menunggu hasil pertemuannya dengan Sultan Perak, yang berlangsung selama kira-kira setengah jam di Istana Kinta pagi tadi.

Pemimpin parti Islam itu sekadar melambai kepada pemberita apabila keluar dari istana pada 11.39 pagi tadi.

Media difahamkan ibu pejabat PAS akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung pertemuan ini.

Terdahulu, Hadi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Nazrin Shah, bagi memaklumkan kedudukan PAS berhubung krisis politik di Perak.

PAS sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baharu, serta mengharakan tiga ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin, ketika baginda menguruskan hal sokongan kepada calon menteri besar pilihan UMNO.

PAS kemudian memohon ampun kepada Sultan Nazrin atas “kekhilafan” mereka.

Sementara itu, akhbar Sin Chew melaporkan Menteri Besar Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak selama 15 minit selepas Hadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.