Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri, kata KP Kesihatan

Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri, kata KP Kesihatan

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster Genting merentas negeri ke Genting Highland, Pahang dari Selangor.

Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Dis ini.
KUALA LUMPUR:
Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks, iaitu seorang warga asing dari Bangladesh, merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakan, seterusnya menjangkiti mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks merentas dari Selangor ke Pahang.

“Kluster Genting dikenal pasti, iaitu kes indeks seorang warga Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

“PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut,” katanya di Twitter hari ini.

Pada 4 Dis lepas, Noor Hisham memaklumkan kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang melibatkan daerah Titiwangsa dan Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilapor positif pada 1 Dis hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Dis, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga lokaliti membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Dis ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.