
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan kedua tertinggi ialah tidak memakai pelitup muka (60 orang), diikuti 45 kes gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan 10 lagi atas kesalahan lain.
“Daripada jumlah itu, 181 individu dikompaun, manakala seorang lagi direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihak berkuasa turut menahan 31 pendatang asing tanpa izin dan 3 kenderaan dirampas menerusi 116 sekatan jalan semalam.
Katanya, seramai 83,737 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam dan ditempatkan di 76 hotel serta 18 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan dan Melaka.
“Daripada jumlah itu, seramai 12,097 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 509 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 71,131 individu dibenarkan pulang.”
Katanya, semua individu itu pulang dari 36 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Laos, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste dan Taiwan.