
Seri Satria ialah kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya.
Kenyataan itu menyusul beberapa jam selepas sekeping poster tersebar di media sosial yang mengucapkan tahniah kepada Faizal atas dakwaan pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri.
Faizal ialah timbalan kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, yang juga perdana menteri.
Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri, tetapi melantik 4 menteri kanan, dengan seorang daripadanya, Azmin Ali dinamakan untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet ketika beliau tidak hadir.
Azmin, bekas timbalan presiden PKR, antara pemimpin di sebalik “Langkah Sheraton” pada Februari lalu yang menyebabkan kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.
Kerajaan Perak pimpinan Faizal tumbang selepas gagal dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak semalam, dengan hanya 10 Adun menyokong, 48 undi bantah dan 1 undi rosak.