
Dalam dasar semasa, pengembara asing perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari dan perlu diuji pada hari pertama dan hari ke-13 kuarantin.
“Kita tahu ada beberapa negara yang melaksanakan tempoh kuarantin selama 7 atau 10 hari, dan kita akan teliti sama ada kita boleh pendekkan tempoh kuarantin berbanding 14 hari ketika ini,” katanya pada sidang media hari ini.
Hisham berkata, setakat ini, tempoh kuarantin 14 hari berjalan lancar. Katanya, sebarang perubahan polisi perlu mengambil kira risiko dan data terkini.
Sementara itu, kementerian akan melaksanakan ujian klinikal fasa 3 menggunakan vaksin virus tidak aktif yang dibangunkan oleh akademi sains perubatan China di Beijing.
“Ia akan bermula pada hujung bulan ini atau awal tahun depan melibatkan 3,000 peserta,” katanya.