Jamuan, kuliah, kenduri boleh diadakan di masjid, surau di Sarawak

Jamuan, kuliah, kenduri boleh diadakan di masjid, surau di Sarawak

Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Sarawak berkata majlis akad nikah hanya boleh diadakan di masjid atau surau yang dibenarkan dengan kelulusan jabatan itu sepanjang tempoh PKPP.

(Gambar Bernama)
KUCHING:
Jamuan selepas kelas pengajian, kuliah, mesyuarat dan majlis kenduri termasuk pertunangan, perkahwinan dan doa selamat dibenar diadakan di masjid dan surau di Sarawak, berkuat kuasa hari ini, kata Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

JAIS dalam kenyataannya bagaimanapun berkata majlis akad nikah hanya boleh diadakan di masjid atau surau yang dibenarkan dengan kelulusan jabatan itu sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

JAIS juga membenarkan pengurusan jenazah yang disahkan tiada kaitan dengan kes Covid-19 oleh pihak hospital dijalankan di masjid dan surau dengan kehadiran tidak lebih 20 ahli keluarga atau waris.

“Selain itu, taska dan tadika dalam kawasan masjid dan surau dibenarkan beroperasi dengan mematuhi tatacara pperasi standard (SOP) Covid-19 Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak,” kata JAIS.

Kesemua kebenaran itu tertakluk kepada pematuhan SOP PKPP, kata jabatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.