
Ketua Polis Daerah Rompin, Azari Miskon berkata, kejadian yang berlaku pada 5.30 petang itu menyebabkan Abd Hadi Ramlan, 65, maut di tempat kejadian akibat dihempap jentera itu.
“Mangsa yang merupakan pemilik jentera itu difahamkan ke ladang bagi membantu mengeluarkan sebuah lori yang tersekat di ladang kelapa sawit tersebut.
“Bagaimanapun, jentera itu dikatakan hilang kawalan semasa melalui jalan tidak rata, lalu terbalik ke sebelah kiri dan menghempap mangsa,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Azari berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.