
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 438 individu dikompaun, 40 direman, dan 4 dijamin.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (137), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (128), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), tidak memakai pelitup muka (69), rentas daerah/negeri PKP bersyarat tanpa kebenaran (26) dan lain-lain (21),” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, pihak berkuasa memberkas 68 pendatang asing tanpa izin dan 10 tekong dalam Ops Benteng.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.