
Dalam Instagramnya, Ismail berkata gambar berkenaan diambil dari sudut yang menunjukkan seolah-olah orang duduk berhampiran antara satu sama lain.
Ismail berkata foto-foto itu diambil sedemikian dan ditularkan dengan niat jahat dan memfitnahnya.
“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan.
“Semoga Allah membuka hati-hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini.”
Mengulas komen bahawa meskipun gambar yang dimuat naik oleh beliau itu menunjukkan jarak kedudukan beliau kurang daripada satu meter dengan orang lain, Ismail berkata kerusi yang diletakkan antara hadirin menepati peraturan penjarakan fizikal yang ditetapkan.
“Di restoran asalkan ada kerusi lain di tengah … itu sudah mencukupi,” katanya.