‘Memalukan’ kerajaan benar pengeluaran RM10,000 KWSP, kata MTUC Sarawak

‘Memalukan’ kerajaan benar pengeluaran RM10,000 KWSP, kata MTUC Sarawak

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak berkata kerajaan tidak sepatutnya tunduk pada tekanan Ahli Parlimen.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Khamis berkata kerajaan meluluskan pengeluaran sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.
KUCHING:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak mengkritik kerajaan pusat kerana meluluskan pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat dasar di Parlimen Khamis lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan berikutan pandemik Covid-19 boleh berbuat demikian.

Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo berkata, kerajaan harus menggunakan peruntukan daripada belanjawan itu untuk membantu rakyat, bukannya membiarkan menggunakan simpanan mereka, yang bertujuan untuk persaraan.

“Kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat menyentuh simpanan KWSP mereka. Ini memalukan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) berkata, pencarum KWSP mungkin berdepan dilema kerana tidak mempunyai simpanan mencukupi jika mereka dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Setiausaha Agungnya Jonathan Chai berkata, ramai yang berdepan masalah kewangan dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada simpanan KWSP, ini akan menambahkan masalah ketika mereka bersara.

“Amat menyedihkan apabila kerajaan tunduk pada tekanan Ahli Parlimen daripada parti komponennya untuk memastikan belanjawan itu diluluskan,” katanya.

“Lebih baik kerajaan menghulurkan bantuan kewangan secara langsung kepada rakyat, terutama mereka yang dalam kategori B40 atau terjejas pendapatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.