
Usul dihantar pagi semalam itu, sebelum Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar, mahu pengurangan sebanyak RM81,500,000 daripada peruntukan untuk JASA, daripada peruntukan Kementerian Komunikasi dan Multimedi sebanyak RM1,242,464,900, “untuk mempastikan agar, JASA atau apapun nanti jenama agensi tersebut, hendaklah dimansuhkan sepenuhnya”.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan sebanyak RM85.5 juta akan diperuntukkan kepada JASA.
Semalam, kerajaan mengumumkan ia akan dikurangkan namun tiada angka diberi.
“Saya berharap Speaker Dewan Rakyat menerima dan membenarkan saya untuk membentangkan usul tersebut semasa Perbahasan Bajet 2021 di peringkat jawatankuasa,” kata wakil rakyat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu dalam kenyataan.