Malaysia-Singapura masih bincang projek HSR, kata menteri

Malaysia-Singapura masih bincang projek HSR, kata menteri

Dilaporkan sebelum ini bahawa Malaysia mungkin akan meneruskan projek HSR tanpa kerjasama Singapura dengan laluan barunya berakhir di Johor Bahru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed berkata, kedua-dua negara mempunyai tempoh sehingga 31 Dis 2020 untuk melakukan proses rundingan tersebut. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:Malaysia dan Singapura masih dalam proses rundingan berhubung beberapa cadangan yang dikemukakan bagi menambah baik Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR).

Mustapa Mohamed.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua negara mempunyai tempoh sehingga 31 Dis, 2020, bagi melakukan proses rundingan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa berita yang diterbitkan baru-baru ini berhubung projek tersebut.

“Kerajaan akan membuat pengumuman selepas kata putus dicapai dan proses rundingan tersebut selesai,” katanya.

Sebuah media tempatan baru-baru ini melaporkan Malaysia mungkin akan meneruskan projek kereta api laju itu tanpa kerjasama kerajaan Singapura dengan laluan baru projek itu akan berakhir di Johor Bahru.

Laporan itu turut menyebut bahawa Malaysia telah memaklumkan perubahan tersebut kepada kerajaan Singapura.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.