Untung bersih suku ketiga TNB susut kepada RM1 bilion

Untung bersih suku ketiga TNB susut kepada RM1 bilion

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata, hasilnya turut berkurang 12.1% kepada RM11.10 bilion daripada RM12.64 bilion sebelum ini.

Bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 Sept, 2020, TNB merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM2.38 bilion disokong oleh perolehan RM33.65 bilion berbanding keuntungan bersih RM3.88 bilion dan perolehan RM38.76 bilion sebelum ini.
KUALA LUMPUR:
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2020 lebih rendah kepada RM1 bilion berbanding RM1.20 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata, hasil turut berkurangan 12.1% kepada RM11.10 bilion daripada RM12.64 bilion sebelum ini.

Bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 Sept, 2020, syarikat utiliti itu merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM2.38 bilion disokong oleh perolehan RM33.65 bilion berbanding keuntungan bersih RM3.88 bilion dan perolehan RM38.76 bilion sebelum ini.

Perolehan bagi tempoh tersebut berkurangan sebanyak 13.2%, terutamanya susulan lebihan pemulihan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RM1.47 bilion berbanding kedudukan di bawah pemulihan dalam tempoh sebelum ini serta penyusutan jualan elektrik sebanyak 6.5%.

“Sebahagian besar daripadanya adalah disebabkan oleh penyusutan segmen pelanggan komersial dan perindustrian yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

“Berikutan itu, keuntungan operasi susut 13.9% kepada RM5.90 bilion daripada RM6.85 bilion,” katanya.

TNB menjangkakan pemulihan secara beransur-ansur terhadap prestasi kumpulan bagi baki suku tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 di tengah-tengah persekitaran yang mencabar.

“Ini disokong oleh pelancaran pakej rangsangan kerajaan, terutama Bantuan Prihatin Rakyat dan mengekalkan momentum aktiviti perniagaan.

“Kumpulan mengambil langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangan dalam usaha memastikannya kekal berdaya tahan,” kata TNB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.