
Insiden itu berlaku dua minggu selepas peningkatan ketegangan antara tentera laut negara dan CCG di kawasan terbabit.
Menurut laporan badan pemikir di Washington, Asian Maritime Transparency Initiative (AMTI), kapal “CCG 5402” mengganggu pelantar penggerudian dan kapal pembekal pada 19 November, dan tentera laut bertindak balas dengan mengerahkan sebuah vesel untuk terus mengekori kapal itu.
Memetik data sistem pengenalan automatik (AIS) daripada trafik laut dan pengimejan satelit dari Planet Labs, laporan itu berkata, kapal CCG meninggalkan Hainan pada 30 Okt di laluan yang kini menjadi standard rondaan Cina.
Ia pada mulanya berhenti di pangkalan di pangkalan Subi dan Fiery Cross Reefs milik China sebelum berkawal di Luconia Shoals di zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 2 Nov.
Pada 10 Nov, kapal itu meronda di blok minyak dan gas di barat Luconia Shoals, melepasi Sapura Constructor, sebuah kapal pembinaan luar pesisir di kawasan itu.
Bunga Mas Lima, sebuah kapal tentera laut bantuan TLDM yang meninggalkan Sabah sehari sebelum, tiba di Luconia Shoals beberapa jam kemudian dan mengikuti kapal itu selama beberapa hari.
Siaran AIS kurang baik pada ketika itu, tetapi pengimejan satelit dari 13 Nov menunjukkan kapal terbabit berada hanya dalam jarak 3 batu nautika antara satu sama lain.
Pada 12 Nov, kapal CCG bergerak menuju 40 batu nautika di timur Luconia Shoals untuk rondaan segera sebelum kembali ke posnya.
Laporan itu berkata kapal terbabit dilihat tertarik dengan ketibaan pelantar pengerudiaan baru, Borr Drilling’s Gunnlod, yang ditarik ke lokasinya di blok SK410B beberapa hari sebelum itu dan sedang meneroka gas asli di bawah kontrak dengan PTT Exploration and Production (PTTEP) dari Thailand.
Dua kapal itu kembali ke kawasan tersebut pada 19 Nov dan berada dalam jarak 2 batu nautika dari pelantar terbabit.
Menurut AMTI, jarak kira-kira 40 batu nautika dari Sarawak adalah jarak paling dekat dengan pantai di mana aktiviti China pernah didokumentasikan.
Bunga Mas Lima terus melakukan rondaan di kawasan itu dan kekal berada berdekatan Luconia Shoals selama 2 hari lagi selepas itu.
Namun, dalam beberapa jam, TLDM mengerahkan kapal kedua, KD Keris yang lebih berkemampuan, berlayar terus dari Sabah ke Gunnlod.
KD Keris berada berdekatan pelantar itu selama kira-kira sehari sebelum mengikuti kapal CCG kembali ke Luconia Shoals.
Kedua-dua kapal terbabit belajar berdekatan satu sama lain selama beberapa hari. Apabila kapal CCG 5402 bergerak untuk rondaan lain di barat Luconia Shoals pada Selasa, KD Keris menyusul.
Setakat semalam, Gunnlod kekal berada di lokasi di blok SK410B dan kapal CCG dilaporkan tidak kembali ke situ.
AMTI berkata, sejarah semasa menunjukkan China boleh meningkatkan pertikaian itu dengan kerahan lanjut, tetapi menyebut ia juga boleh mengendurkannya sebagai pengakuan bahawa gangguan operasi penggerudian begitu hampir dengan perairan Malaysia merupakan tindakan provokasi yang signifikan.
FMT menghubungi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri untuk mendapatkan komen.