
Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid mengesahkan perkembangan itu, dan berkata usul persendirian oleh ADUN Pengkalan Bharu, Abd Manaf Hashim, sudah dimasukkan dalam agenda mesyuarat.
“Kami tidak nampak (sebab) usul itu perlu ditolak atau melanggar peraturan Dewan,” katanya kepada FMT.
Manaf ketika dihubungi enggan mengulas sebab beliau membawa usul itu.
Perkembangan ini di sebalik ketidakpuasan hati Umno Perak, yang pada Oktober meminta Faizal berhenti bermain politik.
Kritikan itu menyusuli pelantikan seorang wakil rakyat parti itu, ADUN Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim, sebagai setiausaha politiknya yang dikatakan dibuat tanpa kebenaran Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad.
Saarani berkata Faizal merendah-rendahkan Umno apabila mengatakan beliau tidak perlu mendapat kebenaran Umno.
Umno juga dikatakan tidak berpuas hati tentang pelantikan ketua kampung, menurut laporan yang memetik Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.