
Perkara itu disahkan Ketua Polis Perlis, Surina Saad ketika dihubungi Bernama yang berkata, suspek utama ialah warga tempatan berusia 45 tahun.
Terdahulu, perintah reman hingga 2 Dis ini terhadap 4 lelaki terbabit dikeluarkan Pendaftar Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah yang membenarkan permohonan polis.
Empat suspek berusia 26 hingga 45 tahun itu yang berpakaian lokap dan bergari, tiba di kompleks mahkamah pada 9.10 pagi tadi dan dibawa keluar dari bilik reman kira-kira 50 minit kemudian.
Dalam insiden awal pagi Selasa, Baharuddin Ramli, 54, terbunuh dan rakannya, Norihan a/l Tari, 39, cedera parah ketika berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600m dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.
Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Norihan yang dirawat di Hospital Tunku Fauziah Kangar, kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Semalam, 15 warga tempatan direman 4 hari sehingga 28 Nov ini dan 3 rakyat Thailand direman seminggu sehingga 1 Dis ini bagi membantu siasatan kes itu.