
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 377 individu dikompaun dan 4 lagi direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (57) dan lain-lain (46),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kelantan dikenakan PKPB mulai semalam hingga 6 Dis ini selepas perjalanan rentas negeri menyebabkan lonjakan kes Covid-19.
Ia menyusul Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Sabah yang masih dikenakan PKPB.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, satu daripada punca lonjakan kes Covid-19 di Kelantan kerana individu pulang dari zon merah di negeri lain ke negeri itu.
Sementara itu, Ismail berkata, 20 pendatang asing tanpa izin dan 3 penyeludup ditahan menerusi 278 sekatan jalan dalam Operasi Benteng semalam.
Katanya, 9 kenderaan turut dirampas.