
Daripada jumlah itu, katanya, 427 orang dikompaun, 27 lagi direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206), aktiviti pusat hiburan (72), tidak memakai pelitup muka (63), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59), rentas negeri atau daerah perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa kebenaran (21) dan lain-lain (34),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ismail berkata, 28 pendatang asing tanpa izin dan seorang penyeludup ditahan menerusi 306 sekatan jalan dalam Operasi Benteng semalam.
Katanya, 3 kenderaan turut dirampas semalam.