KKM sasar kebolehjangkitan Covid-19 menurun bawah 0.5, kata KP Kesihatan

KKM sasar kebolehjangkitan Covid-19 menurun bawah 0.5, kata KP Kesihatan

Dr Noor Hisham Abdullah berkata aktiviti kesihatan awam akan dipertingkatkan bagi mencegah dan mengawal jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes, meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes, meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9.

“KKM menyasarkan R naught atau kadar kebolehjangkitan bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan (Covid-19),” katanya menerusi Twitter rasminya, hari ini.

Semalam, kes positif Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka 4 digit dengan 1,210 lagi kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif dalam negara 49,730.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.