Dewan Rakyat maklum kekosongan Parlimen Gerik pada SPR

Dewan Rakyat maklum kekosongan Parlimen Gerik pada SPR

Pemberitahuan kepada SPR itu selaras Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA:
Dewan Rakyat hari ini memaklumkan kekosongan luar jangka bagi Parlimen Gerik, Perak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berikutan kematian penyandangnya, Hasbullah Osman, pada Isnin.

Speaker Azhar Azizan Harun berkata pemberitahuan kepada SPR itu selaras Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

“SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen kawasan Gerik, Perak dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Hasbullah Osman meninggal dunia Isnin lalu, di usia 63 tahun.

Pada pilihan raya umum 2018, Umno mempertahankan Gerik bagi pihak Barisan Nasional dengan majoriti 5,528 undi ditentang calon PAS dan PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.