Wujud lebih banyak jawatan tetap, lanjut kontrak doktor, kata MMA

Wujud lebih banyak jawatan tetap, lanjut kontrak doktor, kata MMA

Dr Subramaniam berkata ramai pegawai perubatan kontrak akan berdebar-debar untuk mengetahui status kontrak mereka memandangkan Disember semakin hampir.

Presiden MMA Dr Subramaniam Muniandy berkata untuk mengikuti program latihan kepakaran Parallel Pathway, pegawai perubatan akan memerlukan tempoh lanjutan selama 10 tahun.
KUALA LUMPUR:
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap kepada doktor junior dan melanjutkan kontrak mereka yang bekerja bagi membolehkan pengkhususan dilakukan.

Presiden MMA Dr Subramaniam Muniandy berkata untuk mengikuti program latihan kepakaran Parallel Pathway, pegawai perubatan akan memerlukan tempoh lanjutan selama 10 tahun.

“Memandangkan Disember semakin hampir, sudah pasti ramai pegawai perubatan kontrak yang berdebar-debar untuk mengetahui status kontrak mereka.

“Meskipun isu mengenai jawatan tetap dan pelanjutan kontrak tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2021, MMA berharap perkara ini akan diteliti dalam usaha menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor penjagaan kesihatan awam,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata keputusan KKM baru-baru ini untuk menaikkan pegawai perubatan dan pergigian daripada Gred UD41 kepada UD43 memberikan kelegaan yang besar kepada ramai pegawai perubatan.

“KKM turut menyebut bahawa beberapa langkah penjimatan kos akan dimasukkan, kami berharap bahawa kesemua langkah ini tidak akan membabitkan penarikan elaun lain seperti elaun kritikal yang dikembalikan pada awal tahun ini,” katanya.

Beliau berharap KKM akan memberikan penjelasan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.