Speaker pertimbang permintaan menteri jawab lisan soalan waktu pertanyaan

Speaker pertimbang permintaan menteri jawab lisan soalan waktu pertanyaan

Ketika ini, jawapan untuk soalan waktu pertanyaan menteri dimuat naik ke laman web Parlimen.

Speaker Azhar Azizan Harun akan berbincang dengan ketua whip parti berhubung permintaan supaya menteri jawab soalan secara lisan semasa waktu pertanyaan menteri. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, akan mempertimbangkan permintaan daripada ahli Parlimen meminta menteri menjawab soalan secara lisan semasa waktu pertanyaan menteri pada Selasa dan Khamis.

Sebelum ini, beliau memutuskan jawapan menteri akan dimuat naik ke laman web Parlimen, selepas persidangan Dewan Rakyat dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang untuk mengehadkan risiko jangkitan Covid-19.

Di Dewan Rakyat hari ini, Azhar, menjawab permintaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), mengatakan beliau akan membincangkan perkara itu dengan ketua whip.

Khoo berkata orang ramai mahu mendengar jawapan daripada menteri terutama isu membabitkan rakyat.

“Sudah pasti soalan yang dapat dikemukakan waktu sesi itu adalah soalan terkini yang ramai mahu tahu tentang jawapan daripada menteri. Kalau boleh kita beri masa 1 minit ke 1 minit setengah untuk menteri bagi jawapan, Saya harap speaker boleh pertimbangkan,” katanya.

Waktu pertanyaan Menteri pertama kali diperkenalkan pada 2016, yang membolehkan ahli Parlimen mengemukakan soalan kepada menteri mengenai isu semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.