
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob melaporkan 42 individu itu antara 517 individu yang ditahan semalam kerana ingkar PKP.
Daripada jumlah tersebut, 467 individu dikompaun dan 50 lagi direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (187), tidak memakai pelitup muka (83), dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63).
“Manakala, 56 individu ditahan terlibat dalam aktiviti di pusat hiburan, rentas negeri atau daerah PKPB tanpa kebenaran (37), dan lain-lain (49),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail juga melaporkan pihak berkuasa semalam membuat 58,247 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKP Pemulihan.
“Sebanyak 2,923 pasukan pematuhan melibatkan 13,140 anggota sudah membuat pemantauan di 3,476 pasar raya, 4,833 restoran serta 1,665 penjaja, 1,244 kilang, 3,289 bank, dan 524 pejabat kerajaan.
“Juga dipantau, sebanyak 1,445 terminal pengangkutan darat, 249 terminal pengangkutan air serta 65 terminal pengangkutan udara,” katanya.