
Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu dijumpai pada kira-kira jam 9 malam oleh orang awam sebelum sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) datang mengambilnya untuk dibawa semula ke HPP.
Difahamkan lelaki terbabit berjalan kaki dari HPP hingga ke kawasan Bayan Lepas, sejauh kira-kira 25 km.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr. Asmayani Khalib ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan memaklumkan bahawa pesakit itu dibawa balik ke HPP untuk rawatan lanjut.
Lelaki berasal dari Kepala Batas, dekat sini itu dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang semalam, dipercayai melarikan diri dengan memakai baju dan seluar berwarna putih, manakala gelang pengawasan berwarna merah jambu ditinggalkan di atas katilnya.