Perjalanan antara zon hijau mungkin dibenarkan, kata Ismail Sabri

Perjalanan antara zon hijau mungkin dibenarkan, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob berkata contohnya perjalanan antara Langkawi di Kedah dan Sabak Bernam di Selangor dibenar kerana dikategori zon hijau

KUALA LUMPUR:
Kerajaan mengkaji kemungkinan membenarkan perjalanan rentas negeri  melibatkan zon hijau iaitu kawasan tidak diancam wabak Covid-19, kata Ismail Sabri.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata kerajaan menimbang memberi kelonggaran perjalanan antara zon hijau walaupun negeri berkenaan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ismail berkata cadangan membenarkan perjalanan antara zon hijau di negeri PKPB akan di kaji dan SOP sesuai akan digubal.

Beliau memberikan contoh,  penduduk di Langkawi Kedah mungkin dibenar pergi ke Sabak Bernam, Selangor kerana kedua-dua daerah itu zon hijau walaupun negeri berkenaan di bawah PKPB.

Ismail berkata pihak polis mungkin terpaksa mengeluarkan surat perjalanan mengesahkan mereka daripada kawasan zon hijau.

Kelonggaran perjalanan sedemikian, kata Ismail, akan membantu merancakkan industri pelancongan.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara juga akan menimbang membenarkan lebih daripada tiga orang dalam satu kereta untuk perjalanan melibatkan zon hijau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.