Pergerakan 1.7 juta pekerja asing bawah KSM akan dikawal ketat

Pergerakan 1.7 juta pekerja asing bawah KSM akan dikawal ketat

Saringan wajib juga akan diperluaskan kepada pekerja asing di semua sektor.

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang memperketatkan kawalan ke atas pergerakan kira-kira 1.7 juta pekerja asing bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, susulan peningkatan semula kes Covid-19 dalam kalangan kumpulan itu.

Katanya, kawalan ini termasuk kawalan di tempat kerja dan tempat penginapan.

Di samping itu, kerajaan merancang untuk perluaskan saringan wajib kepada pekerja asing di semua sektor, yang sebelum ini hanya wajib bagi sektor pengawal keselamatan dan pembinaan.

“SOP itu semua akan diperincikan kementerian supaya ia tidak menjangkiti komuniti,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Sekiranya ada pekerja asing yang perlu dikuarantin, kementerian juga akan meneliti siapa yang akan menanggung kosnya.

Menurut Ismail, pihaknya difahamkan terdapat lebih 1 juta pekerja asing mencarum dengan Perkeso.

“Mungkin Perkeso akan memberi bantuan subsidi RM150 saya difahamkan dan selebihnya siapa yang akan bayar? Sama ada pekerja itu sendiri atau majikan.

“Begitu juga kira-kira 700,000 yang tidak mencarum dengan Perkeso. Siapa yang akan tanggung kos?” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.